
kerinduan yang tiada noktah.. Meski ibu jauh tak dapat ayah jangkaui. Rindu takkan berhenti menari dari kotak muzikal hati. Namun nur cahaya cahaya yang menguntai membakar semangat ukhrawi. Cuma sang suria di ufuk hati menjadi cahaya realiti yang menyuluh diri.
Ibu..
Hari ni Ayah cekalkan hati berjalan ke tempat kerja. Agak sukar memulakan langkah, tapi ayah teruskan jua langkahan kaki. Ibu tahukan kesihatan ayah agak tak menentu sekarang ni. Hanya doa yang dapat ayah himpunkan agar diberikan kesihatan yang baik untuk ayah terus berbakti kepada ibu dan mawar menunaikan tanggung jawab sebagai seorang suami dan ayah. Semoga dengan setiap hari berjalan 9km pergi dan balik akan lebih memberikan kesihatan kepada ayah.
Ibu..
Rindu ayah pada ibu, takkan pernah padam. Semoga ibu dan mawar bahagia dan gembira menjalani kehidupan ini bersama ayah. Ayah minta maaf jika ada membuat ibu berkecil hati dan perasaan tak gembira selama hidup bersama ayah. Ayah akan sentiasa mendoakan kebahagiaan ibu dan mawar. Ayah juga rela berkorban nyawa demi ibu dan mawar.
Ibu..
Hari ni genaplah 10 hari ibu berada dikampung untuk berpantang, dan sudah dua kali ayah pulang ke kampung menjenguk ibu dan mawar. Tetapi, kerinduan masih juga tidak terubat. Setiap hari tanpa ibu, ayah terasa sunyi. Saban malam hampir setiap jam ayah sering terjaga dari lena. sehingga menginjak seri cahaya suria pagi yang indah. Ayah masih sepi dengan ketiadaan ibu disisi. Dan ayah akan masih setia menanti, menanti tibanya cahaya itu, kerana ayah yakin... Ibu kembali menerobos ke segenap ruang kehidupan dengan bicara-bicara ibu semula.
Ayah rindukan ibu dan mawar.
Recent comments