
Assalammualaikum anakku.
Ayah harap sayang sihat di rahim ibu. Sayang tahu? Ayah tak sabar nantikan kelahiran sayang ke dunia ini. Tak sabar rasanya melihat sayang tersenyum, ketawa dihadapan Ayah. Teringat lagi dimasa kandungan ibumu 3 bulan di mana ayah dan ibu ke klinik untuk imbas kandungan ibu. Semasa imbasan dijalankan kelihatan sayang melambaikan tangan ke arah ayah dan ibu, sayang tahu tak? doktor yang membuat imbasan tersebut terkejut tau. Comel sungguh sayang. Tak cukup dengan lambaian tangan, sayang melompat-lompat tau. So sweet dear... Arghh!! tapi sayang ayah tak rakam video semasa imbasan itu dijalankan. Sayang.. Ayah harap sayang jaga diri baik-baik ye di sana. Insyallah kita akan bertemu jua di masa terdekat ni dan jalani kehidupan yang bahagia bersama ayah dan juga ibu. Amin...
Recent comments